Sunday, November 28, 2010

Fenomena ddR


Pernah dgr tajuk filem 2 Alam . I thought now mesti tajuk filem ni dah jadi satu fenomena kn ? Dan mestilah most of us know bout this and kita  mestilah kenal siapa yang mengarahkan filem nieyh , kan ? Anyway , tahniah la utk ddR sendiri sbb berjaya hasilkan filem , kn .

I' just doing blogwalking . And ada satu blog yg menyentuh pasal ddR nieyh . No wonder lah dkt Facebook sendiri pun , Dr Rozmey dan 2 Alam nieyh dah jadi mcm satu isu pulak dlm kalangan kita . Mungkin aku terlalu mentah nak memahami keletah org dewasa cuma aku tertarik dan begitu tertanya tanya sekali yer , huhu , kenapa Dr . Rozmey nieyh tiba tiba menjadi satu bahan utk diperkatakan ?

Btw , sebelom sebelom nieyh pun aku ada jugak terbaca dekat akhbar akhbar psl filem 2 Alam nieyh . Terus terang aku ckp aku mmg minat Aaron Aziz dan dia pun berlakon dlm filem ni , tapi aku tak terpanggil nak pergi tgk filem nieyh dkt panggung . huhu . Aku tak tau kenapa . Plg tak , aku cuma kenal Aaron Aziz jer sbg pelakon filem nieyh . Pelakon pelakon lain yg turut sama berlakon ??? Langsung aku tak kenal lagi . huhu . Salah aku kah sbb tak mengikuti perkembangan semasa . Tapi , kenapa tak dpt liputan meluas dari media tentang senarai pelakon filem 2 Alam nieyh ? Yg plg aku kenal pun , cuma pengarah dia aje lah , Dr . Rozmey iaitu pengasas jusmate 5 . huhu .

Oh , mcm mcm jugak yg org buat skrg nieyh sekaligus meningkatkan lagi tahap nak tahu aku kenapa Dr.Rozmey nie jadi fenomena skrg ni . Klik sini . Please click here . Pun jugak group yg ditubuhkan menunjukkan betapa ramai yg mengkritik Dr. Rozmey dan filem dia ni . huhu . Mungkin , bkn org x nk pergi tgk , tapi sebab publisiti dia yg keterlaluan kott . kalau ye pun , excited dgn kejayaan buat filem pertama dlm hidup pun , rasanya tak perlulah terlalu mencari publisiti . huhu . Itu buatkan org anggap kita jelik pulak . Mungkin , bukanlah org nak cemburukan kejayaan dia , tapi sepatutnya sikap dia tu haruslah bersederhana saja . Tak perlulah sampai setiap hari muncul dalam akhbar , dgn pelbagai propaganda . Bukan niat nak menjatuhkan bangsa sendiri , tetapi sikap itu melambangkan keperibadian kita . huhu .

Lagi satu yg agak membuat saya tertanya tanya , apa motif dia sampai siap buat watikah untuk pelancaran tayangan filem tu ? huhu . Serious saya nak tau sgt . Adakah dia cuba nk beritahu kpd public yg filem tu ada kelainan dari filem lain atau nak beritahu yg dia ada bnyk duet utk beli akhbar utk paparkan propaganda propaganda dia ? huhu . Apapun , kita sbg manusia hanya mampu bersangka baik sahaja . Mungkin ada sebab dia yg tersendiri utk dia buat mcm tu . Apapun , kita cuba menjadikan apa yg baik sbg contoh , yg buruk jadikan teladan . =)

Perempuan DEMAND


Pernah dgr istilah 'pisau cukur' ? haha . Bila sebut word tu , mesti yg akan terlintas dkt kepala kita , perempuan. Huhu . Kenapa mesti kaitkan perempuan dgn perkataan 'pisau cukur' tu ? Takkan sebab perempuan jer yg guna pisau cukur ?? Lelaki x ? huhu .. Mungkin sbb perempuan mmg lebih mudah tertarik dgn duit ? atau sbb apa apa aktiviti yg perempuan buat , msti perlukan duit yg banyak mcm shopping , vacation , honeymoon ? haha . Sebut honeymoon , normal lah kalau perempuan mmg akan pilih tempat tempat exclusive gitu cm Italy , Paris or somewhere else utk honeymoon kan . huahua . Dan lelaki masa tu akan pening jugkla ... hehe . Yer la , nk kawen , duet dah habis separuh utk hantaran , lps2 kawen lak tetibe isteri ckp nk pergi Italy lak . haha . Tapi , apa pun kalau syg turut aje la . Bak kata P.Ramlee , sapa x sayang bini oii . huahua .

Kenapa ada sesetengah lelaki , or maybe majoriti akan cop perempuan sbg materialistik ? Betul ke ? huhu .. Normal kott kalau perempuan akan pilih teman hidup dia berdasarkan kemampuan seseorang lelaki tu . Salah ke kalau perempuan nak demand sikit dlm pilihan teman hidup ? Hee ~ Rasanya memang patotlah kan demi menjamin masa depan diorang . Same goes to men , diorang pun demand jugak dlm nk pilih teman hidup . Even x dari segi kewangan , tapi dari aspek lain lak . Cthnya , nk yg cntik cntik or plg kurang sejuk mata memandang . So , mcm perempuan lah jgk . Tapi , certain perempuan maybe , diorang tak kisah macam mana rupa lelaki tu , asalkan dia mampu untuk jamin masa dpn diorang , kan ? Hee~ Mcm tu , materialistik ker ?

Maybe , memang patot perempuan skrg demand sikit dlm mencari pasangan diorang . Sebabnya , zaman skrg , perempuan kebanyakkannya lebih educated compared to men . Huhu . Kewangan tu bkn lah semata mata jadi ukuran utk kebahagiaan hidup nanti , tapi sekurang kurangnya boleh menjadi jaminan yang lelaki tu seorang yang berusaha untuk meningkatkan taraf hidup dia . Kewangan yg kukuh tu mmg perlulah kan demi menjamin institusi keluarga yg utuh . Kekadang , perempuan tak lah mementingkan duet tu sgt pun , cukuplah kalau lelaki tu tunjukkan sikap tanggungjawab dia , tapi , berapa peratus sgt lelaki yg bertanggungjawab skrg ? huhu . Bkn tak ada lelaki yg bertanggungjawab , tapi susah sgt lah kott nk jumpa . Nak2 , sesetengah tu , pada awal2 jer tunjuk bertanggungjawab , tapi bila dah lama bersama , hampehh . huhu . Bak kata pepatah , ku sangkakan panas hingga ke ptg , rupanya hujan di tengah hari . Tak ke sedih hidup perempuan dpt lelaki mcm gitu . Hisy !

Lagi satu , selalu lelaki merungut tentang isu duet hantaran yg banyak or tinggi sangat . Bukanlah nak ckp yg pihak perempuan mmg patot letak wang hantaran tinggi tinggi , letaklah dalam nilai yg munasabah . Kalau dah kau duduk rumah jer , x de wat pape pun tapi hantaran kau nak sampai 20 ribu , memang mengada sgt lah kan . huhu . Laen laa , kalau bakal hubby kau tu Dato' mana2 negeri kan . Tak kisah lah kau nak letak berapa pun . huhu . Tapi , apa pun , sepatotnya hantaran ni x menjadi satu isu sbb ia menjadi tanda aras atau ukuran awal bagi pihak lelaki dlm kesediaan diorang nak memikul tanggungjawab menjaga anak dara org , kan ? Huhu .

Then , selalu jugak org ckp perempuan ni suka mengikis duet lelaki .. huhu . Betul ke ? Dah kalau lelaki tau yg perempuan tu mmg suka mengikis , apasal diturutkan juga ?? Musykil jugak isu tu . Huhu . Memang lelaki ikhlas ke utk korban apa sahaja pun demi kasih sayang atau pengorbanan yg mengharapkan balasan ? Hee~ Apapun , perempuan yg harus bijak dalam menangani isu ni . Jangan kerana duit , maruah binasa . Huhu . Memang duet sangat penting skrg , kuasa duet mampu menggegar dunia . Sebab duet , mcm2 boleh jadi . Tapi , haruslah jugak berpada pada . Perempuan harus bijak ! hehe .

Sebagai seorang perempuan , mestilah akan selalu mengharapkan lelaki yg baek dlm hidup dia . Bukanlah nk demand , tapi sekurang kurangnya yg mampu buat dia hidup dlm selesa . Huhu . Kesempurnaan tak menjamin kebahagiaan hidup , tetapi sekurang kurangnya biarlah lelaki tu seorang yg bertanggungjawab , kuat bekerja , penyayang dan sentiasa berusaha untuk memelihara hubungan bersama tu . Perempuan jugak mestilah sentiasa mengharapkan adanya lelaki yang boleh membimbing diri dia . Perempuan memang suka disayangi . Kan ada kata kata yg sebut perempuan seharusnya dilindungi . =)