Sunday, November 28, 2010

Perempuan DEMAND


Pernah dgr istilah 'pisau cukur' ? haha . Bila sebut word tu , mesti yg akan terlintas dkt kepala kita , perempuan. Huhu . Kenapa mesti kaitkan perempuan dgn perkataan 'pisau cukur' tu ? Takkan sebab perempuan jer yg guna pisau cukur ?? Lelaki x ? huhu .. Mungkin sbb perempuan mmg lebih mudah tertarik dgn duit ? atau sbb apa apa aktiviti yg perempuan buat , msti perlukan duit yg banyak mcm shopping , vacation , honeymoon ? haha . Sebut honeymoon , normal lah kalau perempuan mmg akan pilih tempat tempat exclusive gitu cm Italy , Paris or somewhere else utk honeymoon kan . huahua . Dan lelaki masa tu akan pening jugkla ... hehe . Yer la , nk kawen , duet dah habis separuh utk hantaran , lps2 kawen lak tetibe isteri ckp nk pergi Italy lak . haha . Tapi , apa pun kalau syg turut aje la . Bak kata P.Ramlee , sapa x sayang bini oii . huahua .

Kenapa ada sesetengah lelaki , or maybe majoriti akan cop perempuan sbg materialistik ? Betul ke ? huhu .. Normal kott kalau perempuan akan pilih teman hidup dia berdasarkan kemampuan seseorang lelaki tu . Salah ke kalau perempuan nak demand sikit dlm pilihan teman hidup ? Hee ~ Rasanya memang patotlah kan demi menjamin masa depan diorang . Same goes to men , diorang pun demand jugak dlm nk pilih teman hidup . Even x dari segi kewangan , tapi dari aspek lain lak . Cthnya , nk yg cntik cntik or plg kurang sejuk mata memandang . So , mcm perempuan lah jgk . Tapi , certain perempuan maybe , diorang tak kisah macam mana rupa lelaki tu , asalkan dia mampu untuk jamin masa dpn diorang , kan ? Hee~ Mcm tu , materialistik ker ?

Maybe , memang patot perempuan skrg demand sikit dlm mencari pasangan diorang . Sebabnya , zaman skrg , perempuan kebanyakkannya lebih educated compared to men . Huhu . Kewangan tu bkn lah semata mata jadi ukuran utk kebahagiaan hidup nanti , tapi sekurang kurangnya boleh menjadi jaminan yang lelaki tu seorang yang berusaha untuk meningkatkan taraf hidup dia . Kewangan yg kukuh tu mmg perlulah kan demi menjamin institusi keluarga yg utuh . Kekadang , perempuan tak lah mementingkan duet tu sgt pun , cukuplah kalau lelaki tu tunjukkan sikap tanggungjawab dia , tapi , berapa peratus sgt lelaki yg bertanggungjawab skrg ? huhu . Bkn tak ada lelaki yg bertanggungjawab , tapi susah sgt lah kott nk jumpa . Nak2 , sesetengah tu , pada awal2 jer tunjuk bertanggungjawab , tapi bila dah lama bersama , hampehh . huhu . Bak kata pepatah , ku sangkakan panas hingga ke ptg , rupanya hujan di tengah hari . Tak ke sedih hidup perempuan dpt lelaki mcm gitu . Hisy !

Lagi satu , selalu lelaki merungut tentang isu duet hantaran yg banyak or tinggi sangat . Bukanlah nak ckp yg pihak perempuan mmg patot letak wang hantaran tinggi tinggi , letaklah dalam nilai yg munasabah . Kalau dah kau duduk rumah jer , x de wat pape pun tapi hantaran kau nak sampai 20 ribu , memang mengada sgt lah kan . huhu . Laen laa , kalau bakal hubby kau tu Dato' mana2 negeri kan . Tak kisah lah kau nak letak berapa pun . huhu . Tapi , apa pun , sepatotnya hantaran ni x menjadi satu isu sbb ia menjadi tanda aras atau ukuran awal bagi pihak lelaki dlm kesediaan diorang nak memikul tanggungjawab menjaga anak dara org , kan ? Huhu .

Then , selalu jugak org ckp perempuan ni suka mengikis duet lelaki .. huhu . Betul ke ? Dah kalau lelaki tau yg perempuan tu mmg suka mengikis , apasal diturutkan juga ?? Musykil jugak isu tu . Huhu . Memang lelaki ikhlas ke utk korban apa sahaja pun demi kasih sayang atau pengorbanan yg mengharapkan balasan ? Hee~ Apapun , perempuan yg harus bijak dalam menangani isu ni . Jangan kerana duit , maruah binasa . Huhu . Memang duet sangat penting skrg , kuasa duet mampu menggegar dunia . Sebab duet , mcm2 boleh jadi . Tapi , haruslah jugak berpada pada . Perempuan harus bijak ! hehe .

Sebagai seorang perempuan , mestilah akan selalu mengharapkan lelaki yg baek dlm hidup dia . Bukanlah nk demand , tapi sekurang kurangnya yg mampu buat dia hidup dlm selesa . Huhu . Kesempurnaan tak menjamin kebahagiaan hidup , tetapi sekurang kurangnya biarlah lelaki tu seorang yg bertanggungjawab , kuat bekerja , penyayang dan sentiasa berusaha untuk memelihara hubungan bersama tu . Perempuan jugak mestilah sentiasa mengharapkan adanya lelaki yang boleh membimbing diri dia . Perempuan memang suka disayangi . Kan ada kata kata yg sebut perempuan seharusnya dilindungi . =)

No comments: