I love my past. I love my present. I’m not ashamed of what I’ve had, and I’m not sad because I have it no longer.
Monday, December 13, 2010
Kahwin Awal .. kebaikan atau keburukan ?
Entah kenapa terasa nak menulis tentang tajuk nieyh . Maybe , sbb assignment utk subjek Critical Thinking , aku dapat task nieyh utk dilaksanakan . huhu . So, just make some research by surfing the internet . Mcm mcm pandangan dan pendapat yg org utarakan . Tetapi , walau apa pun pandangan org , mmg diakui setiap perkara tu akan wujud pra dan kontranya .
Sentuh tentang isu kahwin awal or muda nieyh , rasanya dah jadi semacam satu trend pulak . Ada jugak terdengar cerita daripada kawan kawan , yg belum habis belajar lagi , dah pun berkahwin . even my lecturer , dia sendiri ceritakan pengalaman dia berkahwin semasa masih di tahun 2 Ijazah . Alhamdulillah , sampai sekarang bahagia dan dah dikurniakan cahaya mata pun . Menyerikan lagi alam rumah tangga .
Kahwin muda . Mcm yg diduga , isu nieyh selalu dpt tentangan especially from parents lah kan . Entah jugak . memandangkan aku belum lagi pun menyentuh alam keibubapaan nieyh kan , since aku kahwin pun belum , huhu . so , aku tak dapat sgt nak memahami apa sebenarnya yang ibu and bapa nieyh rasa bila anak diorang yang masih muda belia usulkan nak kahwin awal .
Kenapa sekarang , dlm era yg makin maju nieyh , perkahwinan tu dah jadi mcm satu benda yg rumit pulak . Walhal , kalau zaman dulu ( era mak bapak kita dulu dula lah kan) , diorang sendiri pun kahwin di usia yang muda . Siap diatur oleh keluarga lagi . huhu . Kalau perempuan , umur 12 tahun pun dah disuruh berkahwin . Ye la , kata org tua tua , lagi muda , lagi ramai anak boleh dapat . huhu . Jadi , kenapa zaman sekarang nieyh kebanyakkan ibu bapa mcm melarang anak anak diorang daripada berkahwin awal . I means bukan lah melarang terus , tapi sekadar mcm tak berapa setujuj , mcm tu lah . huhu . susah benor den nak nge explain nyor . haisy!
Personal opinion lah kan , perkahwinan di usia muda or masa masih belajar nieyh tak menjadi hal kalau pasangan tu sendiri pandai menguruskan hal diorang . Perkahwinan tu bkn suatu bebanan tapi tanggungjawab . Ya , mungkin terlalu mentah utk pasangan yg kedua duanya masih mentah nak pikul banyak tanggungjawab dlm satu masa , kan ? tapi , andai perkahwinan tu jln terbaik utk mereka , kenapa mereka perlu tangguh? Perkahwinan tu sendiri sebenarnya membentuk kepada sebuah pembinaan hubungan antara dua insan yang berbeza jantina melalui ikatan yang suci dan diredhai . Sudahnya , kenapa mereka perlu berhubungan dlm keadaan terlarang sedangkan ada nya jalan penyelesaian utk mereka menjalin hubungan dgn cara yg halal ?
Tak semua ibu bapa bersikap begitu . Ada jugak ibu bapa yang memahami tetapi berat hati utk menerima usul anak mereka berkahwin pada usia yg masih muda . Bagi perempuan , rasanya mmg tak ada masalah sgt lah memandangkan kalau melibatkan hal kahwin nieyh , tanggungjawabnya lebih besar pada pihak lelaki . Persiapan wang hantaran , mas kahwin , belanja kenduri dan mcm mcm lagi lah . huhu . Zaman skrg nieyh , hantaran saja dan menjangkau puluhan ribu , sekurang kurangnya RM10 000 . Tak masuk lagi duit nak buat kenduri , kad jemputan , pakaian pengantin . mmg bnyk sgt lah nk pakai duit kn . heee ~
Dalam pada tu jgk , ada kajian di Barat dilakukan dengan isu ni . betul ke pasangan yg berkahwin pada usia muda ni lebih cenderung untuk bercerai?? Tak pasti , tapi itulah hasil kajiannya . Kenapa perlu bercerai . Benarlah kan , segala galanya bergantung kepada penerimaan kita dan cara kita mengendalikan lifestyle kita . Perkahwinan itu umpama mebina masjid . Takkan lah perbuatan suci nak bina masjid pun ada keburukan . Ia bergantung kepada niat kita , penerimaan kita dan cara perlaksanaan kita .
Kalau bina masjid dgn wang haram , maka haram lah jadinya perbuatan tu . Kalau bina masjid atas tanah milik org lain tanpa persetujuan dari empunya , makanya tak baik jugaklah jadinya pembinaan masjid tu . Semua berdasarkan nawaitu kita .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment